Isnin, 30 Jun 2014



Gambar ini menunjukkan situasi di sebuah sungai yang digunakan untuk aktiviti rekreasi. Aktiviti yang telah ditunjukkan di gambar in adalah aktiviti bot rakit. Saya melihat terdapat beberapa orang sedang bekerja sama untuk mengayuh bot itu. Pada pendapat saya, mereka sedang mengambil bahagian dalam pertandingan untuk mencapai masa yang terpantas untuk menhabiskan lumba perahu itu. Daripada gambar ini, kami boleh menahui yang ia adalah masa petang ataupun tengahari. 

Di bahagian depan gambar ini, ada sekumpulan orang yang memakai baju biru yang sedang mengahadapi bahaya sungai itu. Daripada ekspresi muka mereka, mereka sedang fokus dan yakin untuk menewas sungai itu. Daripada ekspresi mereka juga, mereka sedang berasa gembira. Mereka semua sedang berkerja sama untuk mengayu bot itu. Sungai itu juga kelihatan sungguh berbahaya dengan ombak yang kuat melanggar boat itu.

Kumpulan orang itu telah menarik perhatian saya kerana mereka telah mengambil bahagian dalam sukan berbahaya ini. Ia menarik perhatian saya kerana saya juga telah mengambil bahagian dalam sukan sukan yang membahayakan diri seseorang.

Isnin, 27 Februari 2012

The Cinnamon Challenge ... by GloZell and her big behind earrings


dalam video ini , kita lihat yang rempah rempah tidak boleh dimakan sebegitu sahaja , seperti perempuan ini
SEJARAH REMPAH RATUS
Kejatuhan empayar pemerintahan di Nusantara ke tangan kuasa-kuasa asing di
zaman silam adalah bertitik tolak dari penerokaan negara-negara Barat mencari
bekalan rempah di negara-negara Timur Jauh. Negara-negara seperti Portugis,
Belanda dan Inggeris berlumba-lumba mencari dan meneroka wilayah-wilayah di
sebelah timur kerana bekalan rempah yang banyak dan berkualiti terdapat di sini.
Lambakan bekalan rempah yang berkualiti tersebut berlaku adalah kerana faktor
semulajadi di wilayah Nusantara seperti iklim dan kesuburan tanah. Fakta ini
tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya tercatat di dalam sejarah Nusantara.
Berdasarkan penelitian pakar-pakar sejarah, terdahulu sebelum kemunculan
pemerintahan pasca moden di Nusantara bermula dari keagungan pemerintahan
Empayar Merong Maha Wangsa, Champa dan Majapahit, yang diikuti kemudiannya oleh
pembentukan kerajaan Melayu Melaka, ia didapati penggunaan rempah adalah
sebahagian dari kehidupan penduduk di zaman tersebut. Terdapat juga
cerita-cerita bagaimana tabib-tabib yang handal di zaman tersebut telah diberi
kedudukan, gelaran dan keagungan di dalam sistem pemerintahan dan di
istana-istana kerana kepakaran mereka mengaplikasikan penggunaan rempah ratus.
Bila kita bercakap mengenai rempah, kita juga akan bercakap mengenai
bahan-bahan asli lain seperti herba. Perkara pertama yang mungkin terlintas di
fikiran kita adalah kegunaan rempah dan herba dalam pelbagai jenis masakan
samada masakan tempatan atau jenis-jenis masakan dari luar negara seperti dari
Timur Tengah, Pakistan atau India misalnya. Tidak dapat dinafikan lagi
penggunaan rempah dan herba begitu meluas di dalam masakan tempatan yang boleh
dikatakan majoriti masakan adalah berasaskan penggunaan rempah dan herba. Malah
ia juga boleh dikatakan tanpa rempah dan herba, sudah tentu terdapat kepincangan
di dalam sesetengah masakan kita kerana nilai rasanya banyak terletak pada
penggunaan bahan-bahan tersebut

Rabu, 14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 8

Dilarang duduk di anak tangga kerana
dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan
kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak
melahirkan anak.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 7

Dilarang tidur pada waktu
tengah hari kerana
dikhuatiri kepala anak yang bakal
lahir akan menjadi besar.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 6

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri
anak dalam kandungan menjadi lumpuh.
Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan
perbuatan ini boleh menyebabkan
anak berkepala besar yang luar biasa.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 5

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang.
Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang
kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang
bakal lahir cacat anggota badan.
[dipetik dari google]