Isnin, 27 Februari 2012

The Cinnamon Challenge ... by GloZell and her big behind earrings


dalam video ini , kita lihat yang rempah rempah tidak boleh dimakan sebegitu sahaja , seperti perempuan ini
SEJARAH REMPAH RATUS
Kejatuhan empayar pemerintahan di Nusantara ke tangan kuasa-kuasa asing di
zaman silam adalah bertitik tolak dari penerokaan negara-negara Barat mencari
bekalan rempah di negara-negara Timur Jauh. Negara-negara seperti Portugis,
Belanda dan Inggeris berlumba-lumba mencari dan meneroka wilayah-wilayah di
sebelah timur kerana bekalan rempah yang banyak dan berkualiti terdapat di sini.
Lambakan bekalan rempah yang berkualiti tersebut berlaku adalah kerana faktor
semulajadi di wilayah Nusantara seperti iklim dan kesuburan tanah. Fakta ini
tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya tercatat di dalam sejarah Nusantara.
Berdasarkan penelitian pakar-pakar sejarah, terdahulu sebelum kemunculan
pemerintahan pasca moden di Nusantara bermula dari keagungan pemerintahan
Empayar Merong Maha Wangsa, Champa dan Majapahit, yang diikuti kemudiannya oleh
pembentukan kerajaan Melayu Melaka, ia didapati penggunaan rempah adalah
sebahagian dari kehidupan penduduk di zaman tersebut. Terdapat juga
cerita-cerita bagaimana tabib-tabib yang handal di zaman tersebut telah diberi
kedudukan, gelaran dan keagungan di dalam sistem pemerintahan dan di
istana-istana kerana kepakaran mereka mengaplikasikan penggunaan rempah ratus.
Bila kita bercakap mengenai rempah, kita juga akan bercakap mengenai
bahan-bahan asli lain seperti herba. Perkara pertama yang mungkin terlintas di
fikiran kita adalah kegunaan rempah dan herba dalam pelbagai jenis masakan
samada masakan tempatan atau jenis-jenis masakan dari luar negara seperti dari
Timur Tengah, Pakistan atau India misalnya. Tidak dapat dinafikan lagi
penggunaan rempah dan herba begitu meluas di dalam masakan tempatan yang boleh
dikatakan majoriti masakan adalah berasaskan penggunaan rempah dan herba. Malah
ia juga boleh dikatakan tanpa rempah dan herba, sudah tentu terdapat kepincangan
di dalam sesetengah masakan kita kerana nilai rasanya banyak terletak pada
penggunaan bahan-bahan tersebut