Rabu, 14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 8

Dilarang duduk di anak tangga kerana
dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan
kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak
melahirkan anak.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 7

Dilarang tidur pada waktu
tengah hari kerana
dikhuatiri kepala anak yang bakal
lahir akan menjadi besar.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 6

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri
anak dalam kandungan menjadi lumpuh.
Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan
perbuatan ini boleh menyebabkan
anak berkepala besar yang luar biasa.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 5

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang.
Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang
kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang
bakal lahir cacat anggota badan.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 4

Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang
tidak jujur atau rendah maruahnya,
kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak
yang bakal lahir.
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 3

Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah,
iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua.
Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai
anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami
kesulitan semasa melahirkan anak
(EEeeeee.... mengerikan....)
[dipetik dari google]

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI 2

Untuk pertandingan ini saya akan
membuat pantang larang
wanita hamil.


[dipetik dari google]

Isnin, 12 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010: ENTRI 1

Perasaan Saya
Saya berasa sungguh ghairah tetapi takut. Saya berasa ghairah kerana ini adalah pertama kali saya memasuki pertandingan seperti ini. Saya berasa takut kerana saya akan susah menghabiskan kerja ini kerana saya tidak ada komputer.
Persediaan
Tema untuk pertandingan ini adalah budaya melayu. Kerana budaya melayu luas, saya akan fokuskan lebih lanjut kepada pantang larang bahasa melayu.